Saturday, October 23, 2010

::SeGaLaNyA DeMi iBu::

Salam..

Ari ni aku balik umah.. br je sampai, ibu da start bercerita mcm2.. byk btol dugaan yg terpaksa ibu hadapi.. sian sgt2 kat ibu.. mcm2 ibu kene fikir.. lately ibu kata ibu kene migrain.. ibu mmg ade darah tinggi, tp da lama ibu x gi check sbb kesibukan jaga ayah dan uruskan rumah (plus hal2 lain).. risau tau dgn kesihatan ibu..huhu..


klau la boleh, aku nk duk umah jaga makan minum ibu sume.. klau la aku bukan final year student yg tgh sibuk membuat projek, aku nk sentiasa bersama ibu setiap masa, mghadapi dugaan bersama2, saling memberi kekuatan.. kdg2 aku terfikir utk tangguhkan pengajian.. sejak ayah sakit, aku bukan bole fokus pon pd pelajaran.. keadaan aku sekarang seolah2 aku sedang hanyut mengikut aliran sungai.. ke mana arah air itu mengalir, aku sekadar mengikut tanpa arah tuju.. apa yg aku tau, aku akan sampai ke muara walau macam mane pon keadaan aku sepanjang perjalanan dan x kisah berapa lama masa yg diambil.. aku seolah2 da xmampu nk merancang perjalanan hidup aku sendiri..huhuhuhu


tp bila teringatkan tentang perjanjian aku dengan pihak JPA, aku memaksa diri utk meneruskan pengajian.. aku xnk timbulkan masalah lain pulak.. nnt lg leceh nk berurusan dgn pihak yg memberi biasiswa, pihak universiti lg.. cukuplah masalah yg ibu harus tanggung.. aku bjanji ibu xkan hadapi sebarang masalah yg disebabkan oleh aku.. biarlah aku dihujani masalah, tp aku xkan sesekali membebankan ibu dgn masalah..


pergilah kasih, pergilah sayang.. aku tak mampu nk meletakkan sume masalah di bahuku seorang diri.. ada yg lebih penting untuk aku berikan tumpuan dan perhatian.. dgn hati yg berat dan tanpa rela, aku terpaksa melepaskan hal tanpa penyelesaian yg berlaku antara kita.. andai benar dikau milikku, aku berdoa agar Tuhan mendekatkan hatimu dengan hatiku.. andai benar dikau adalah Adamku, walau seribu tahun, pasti ikatan terjalin kembali.. aku percaya dan yakin dengan perjalan yg telah ditentukan oleh-Nya semata2 untuk kebaikan diri hamba2Nya.. SEKIAN..

No comments:

Post a Comment