Tuesday, January 3, 2012

Usia 24

Salam..

Entry ke-3 pada Tahun 2012..


I stand behind "U"

Aku yakin ramai yang da tahu apakah makna disebalik “U” itu kan.. Yang tak tahu bole tanye Mr. Google, rakan sejati sepanjang hayat..heheh.. “U” is a very big, well-known company throughout the world.. dan inilah bakal majikan aku dalam tempoh kurang 2 minggu dari sekarang, iaitu selepas 2 hari aku menyambut hari lahir yang ke-24.. Alhamdulillah..


Tapi jawatan yang aku pohon tidaklah sebesar impian yang ingin aku capai.. Aku akan bekerja sebagai Promoter.. ye, anda tak silap baca, aku akan bekerja sebagai Promoter.. Macam promoter kat supermarket atau kat hypermarket yang offer makanan atau minuman free, hah, tu la keje aku nanti.. Mesti ade yang akan cakap belajar tinggi-tinggi sampai dapat Ijazah, last2 jadi Promoter je.. cakaplah ape saje, mulut orang bukan macam mulut tempayan.. mulut tempayan bole jugak ditutup kan.. asalkan aku buat keje halal dan tak mengganggu hidup orang lain, isu-isu lain aku tolak tepi dulu.. Yang penting, ade duit halal yang akan masuk poket aku nanti sebelum aku betul2 dapat keje yang aku inginkan..


Kalau aku cakap yang aku tak jeles langsung tengok kawan2 lain da dapat keje tetap, TIPU sangat2 la tu.. aku sangat jeles ok.. setiap status mereka tentang kerja di mukabuku membuatkan aku:

1) gembira utk mereka (tp hanya seketika)

2) rasa jeles krn rezeki mereka murah

3) mula rasa sedih dan stress

4) tutup terus mukabuku itu

senang je diorg dapat keje menggunakan Ijazah yang da ada.. tapi aku pulak da apply berpuluh2 company, tp satu pon belum melekat lagi.. mungkin rezeki aku belum tiba lagi, insyaAllah akan tiba.. kadangkala aku kecewa bila rancangan dan impian aku tak tercapai.. elok2 je bila peluang da berada di atas tapak tangan, tapi belum sempat aku genggam, jatuh tergolek ke tangan orang lain pulak.. membuatkan aku berfikir di mana silap aku..


tp satu yang aku terlupa bahawa Allah punya perancangan yang lebih baik dari itu, lebih baik daripada apa yang aku rancangkan, dan berganda2 lebih baik daripada apa yang mampu aku fikirkan.. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.. daripada aku mempertikaikan dan bersedih dengan impian yang belum kesampaian, adalah lebih baik mengucapkan Alhamdulillah dengan rezeki yang telah diberikan.. betol tak??


Utk jawatan promoter ni, gaji bulanan RM1500, okla tu sbb guna SPM je.. tapi dijanjikan if keje bagus, kenaikan gaji akan diberi setiap 2 bulan.. not bad..!! dulu masa aku pergi 2 kali interview jawatan QC Executive di 2 food company yang berbeza (satu well-known, satu lagi tak berapa well-known tapi belongs to business group yang mempunyai nilai asset berbillion dolar), gaji yang ditawarkan utk fresh graduate yang mempunyai Ijazah tak lebih RM1800 pon.. tak beza sgt pon dengan gaji Promoter ni.. furthermore, untuk bekerje sebagai Promoter ni, aku dikehendaki menghadiri kelas masakan yang dianjurkan oleh company ni.. wallaweyh, ini sudah bagus bangat..!! sekurang2nya aku dapat baiki skill masakan aku yang currently berada di tahap yang tercorot..hahahaha..


Azam #1: Mendapat keje pabila usia mencecah 24 tahun (ü). Alhamdulillah..



Monday, January 2, 2012

ASPer DULU DAN KINI

Salam..

Entry ke-2 tahun 2012..heheh..


Tadi tetibe tertengok balik entry lama pasal Asasi Sains Pertanian (ASPer), memori lama menggamit kembali..hahaha.. skrg aku da abes degree pon, da tua da..hahaha.. utk adik2 yang nk tau lebih lanjut pasal ASPer, boleh check balik link ni: http://deeyamaaruf.blogspot.com/2010/05/asasi-sains-pertanian-upm.html


Beza antara ASPer dulu dan skarang:


1) DULU: pelajar ASPer sikit.. Masa aku masuk ASPer dulu taon 2006 (2nd batch), cuma ada 65 orang je dlm batch tu.. jadi kami kenal rapat antara satu sama lain.. nama ngan no matrik sorang2 pon bole hafal lg.. aku nyer dulu AS00211..heheh.. kami sentiasa bersama2.. nak ke ladang bersama2, join kelab bersama2, buat aktiviti bersama2, curik masuk ladang pulasan malam2 pon bersama2 (kami mmg nakal..hahaha).. in fact, sampai da masuk degree pon, kami tetap rapat.. especially senior 1st batch yang cuma 30 orang je, lg la rapat..


SEKARANG: pelajar ASPer mungkin da capai 200-300 orang dalam setiap batch.. mungkin bole cam muka tp mustahil untuk ingat nama sorang2 kan.. betol tak? dan pastinya ASPer sekarang tak serapat ASPer dulu.. for sure..!!


2) DULU : kami ade Dr. Pat yang sporting, Dato' Idris yang penuh karisma (bekas TNC) yang ajar subjek pertanian dan En. Is yang cool (skrg Dr. Is) yang ajar subjek fizik.. dulu lecturer sikit, kami rapat dengan lecturer.. dulu lecturer adalah tutor juga.. kami kenal lecturer, lecturer tahu nama kami.. bagi aku paling best kelas Pn. Shah dan Pn. Fadzillah (skrg da title Dr.).. time raya ramai2 serbu umah lecturer..heheh..


SEKARANG: terlampau ramai lecturer dan tutor.. erm, suasananya mungkin da tak seperti dulu..


3) DULU : semuanya baru, meja baru, kerusi baru, lab baru.. masih berbalut plastik lagi.. kamilah yang merasmikan segala2nya..heheh.. teringin nk tgok balik kot2 masih ada lg lukisan2 kami atas meja dulu.. bukan apa, nk tido takot kne marah.. so baik melakarkan kenangan utk diabadikan dlm kelas tu..hehehe.. bilik tutor jadi tempat lepak, tempat bersosial, tempat makan2, dan juga sebagai tempat qada' tido sblm kelas bermula.. dulu takde bilik komputer, so klau nk online kami guna komputer lecturer yang kat depan kelas tu.. pastu satu kelas bole tumpang tengok kat skrin putih tu..hahaha


SEKARANG: tak tahu lah, da lame xjejakkan kaki di ASPer.. mungkin masih menggunakan peralatan yang kami gunakan dulu.. bilik tutor pon mst da fully-utilize kan, tak macam dulu.. skrang da ade bilik komputer, komputer sorang satu, da tak sharing caring macam dulu lagi..



4) DULU : ASPer mengambil masa selama setahun setengah iaitu 3 semester; 1 semester extra berbanding student matrikulasi.. tang ni mmg aku akui disadvantage bagi ASPerian, pada masa tu la.. sbbnya kami akan masuk degree 1 sem lewat dan terpaksa catch-up subjek fakulti.. masa tu mmg tunggang langgang la hidup sbb bukan semua subjek dibuka pada setiap sem, terpaksa pulak tunggu sem seterusnya untuk ambil subjek tu.. tu belum dimasukkan pulak yang subjek pra-syarat sume.. lagi pening otak nak setelkan pasal subjek.. memang huru hara la..


SEKARANG: untung sgt haiii.. tak tahu nk ambil subjek apa, tanya senior.. tak tahu susun jadual, tanya senior.. nak tahu soklan exam camne, tanya senior.. senior2 pulak sumenye baik hati utk menolong sbb taknak adik2 hadapi kesusahan yang sama mcm senior..
sekarang ni tempoh masa pengajian di ASPer telah dipendekkan menjadi setahun, tetapi masih 3 semester.. jadi pelajar ASPer akan masuk degree sama seperti pelajar dari matrikulasi.. dah tak ade masalah keciciran lagi.. yang terbaru, ASPer menawarkan LALUAN PANTAS, 8 bulan je belajar kat ASPer.. pastu bole terus masuk degree pada tahun yg sama.. sgt la untung kannnn....



5) DULU : hanya 17 kursus degree (kalau tak silap la) yang ditawarkan.. tu pon cuma kursus agro-based je.. nak amek Medic pon tak boleh.. pilihan terhad..

SEKARANG: sebanyak 41 kursus ditawarkan termasuklah Medic.. wallaweyhhh.. untung giler budak zaman sekarang, banyak pilihan.. nak course ape, pilih je.. kalau masih tak reti nak mengucapkan Alhamdulillah, tak tahu la aku nak kata apa lagi..



Setakat tu je la dulu.. saje nk share memori lama dengan sume supaya memori ni tak hilang dimakan usia.. tapi masih banyak lagi lagi memori sebagai ASPerian yang tak tergambar oleh kata2.. pahit manis, menjadi kenangan bersama2.. Al-Fatihah buat kawan rapatku Amirul Asyraf yang telah kembali ke Rahmatullah sebelum sempat menghabiskan pengajian di ASPer..


Antara kenangan bersama..
(banyak pic yang da hilang sbb laptop rosak.. sayangnyer memori hilang begitu saja..huhuhu)

Sunday, January 1, 2012

ComeBack

Salam..

Setelah sekian lama menyepi, kini aku muncul kembali..heheh.. aku agak bizi di rumah dengan menanam anggur yang tak tumbuh-tumbuh.. (alasan.. malas sebenarnya.. tak bizi mana pon)..hahaha.. Sempena hari pertama tahun baru, aku nak buat comeback.. (bajet artis nk kambek2 plak..hahah)

Sementara bergelar penganggur terhormat di rumah ni, rutin harian aku tak berubah sejak 3 bulan yang lepas, iaitu menguruskan anak2 dan cucu..

1) Jiji, mama mengandung anak sulung.. Jiji ni remaja lagi, so die agak tak pandai bab2 mengandung ni.. bile perut die da mula membesar, tetibe Jiji da tak nak makan.. asyik baring, tido, baring, tido.. aku ingatkan kalau mengandung memang camtu, lemah je.. kakak ipar aku macam tu jugak masa first trimester, terbaring je.. so aku ingat normal la.. tak lama pastu muka Jiji jadi pale.. nak tau camne aku tau? Sebab telinga and hidung die sangat pink klau sihat, tp sekarang ni jadi kekuningan.. badan pon da start panas.. macam2 cara aku nk suh Jiji makan.. ikan peket, ikan tin, ikan goreng, ikan rebus, sume aku da try tp die tak bernafsu pon.. aku risau anak dalam perut die tu tak dapat nutrient je.. skarang ni aku try bg minum air kelapa muda pulak.. moga2 mujarab.. InsyaAllah..


The most sweetest-angelic cat, Jiji..

2) Cavy aka guinea pig aku baru beranak pada 13.12.11 yang lalu.. what a nice date, rite.. pandai pilih..hehehe.. masa aku start bela tu, takde niat pon nak breed cavy ni, cukuplah dua ekor je Momot dan Star.. tapi masa tu aku dan Encik Ridzuan tersilap.. oh lupe nak bagitau, cavy ni asalnya Encik Ridzuan punya.. ktorang ingat dua2 ni jantan, so letak skali dalam 1 cage.. tapi aku agak musykil jugak la sbb dari observation aku, Momot ni bulu die lagi lembut dari Star, Momot lagi manja dan muka die pon nampak macam betina.. camne muka betina? Muka die sweet.. camne muka sweet? Aku pon tak tau nak explain, motherly instinct..hahah.. sampai satu masa aku tgok yg Momot ni badan die macam besar and dia kuat makan.. tak lama pastu nipples dia pulak muncul.. mungkinkah pregnant? dan pada tarikh keramat tu, antara pukul 8-10 pagi, Momot dah memberikan jawapan.. nasib baik lah seekor je anaknya.. sekarang aku da asingkan Papa (Star) dalam cage lain.. Mama (Momot) dan baby (Nero) dalam cage yang sama.. Tapi sesekali aku joinkan sume 1 family, biarkan dia-ekor main same2 jap, pastu asingkan balik.. Leceh jugak la bela ni, kene rajin bersihkan cage 3 hari sekali.. if not, agas bertelur dalam bedding.. nnt tau2 je dah ade ulat yang banyak bawah bedding tu..huhuhu.. paling susah time nak grooming la, budak2 ni bukannya suka potong kuku..haihhh


Star dan Momot after shower..

Momot yang manja.. pic Nero next time ye...

3) Ari ni, 1.1.2012, aku amek sepasang rabbits dari Mak Ndak.. yang ni memang intention aku untuk breed, so letak sekali dalam cage yang sama.. nama belum ada lagi.. any idea? Kalau ade suggestion name2 cute, boleh la diusulkan ye.. sangat dialu2kan..heheh.. skrg ni these bunnies tengah menyesuaikan diri dengan new environment, especially untuk berhadapan dengan 2-crazy-cats kat umah aku ni, Baby dan Bulat (sebut: Booyat).. 2 ekor minah and mamat spastic ni pantang tgok binatang gerak2 camni, sumenyer diingatkan mainan..huhuh

2 bunnies with no name..... yet.


Devil kittens- Booyat and Baby

Penat dowh melayan anak2 dan cucu dengan perangai masing2 lagi.. takpe2, practise awal sblm ade anak sendiri..hehehe

Saturday, August 27, 2011

:: RaMaDhaN TeRakHiR ::

24 Ogos 2011, 9.45 malam (25 Ramadhan 1432H)

Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.




Ramadhan terakhir buat bonda.. Bakal bonda mertuaku pergi menyambut panggilan Ilahi dalam bulan yang mulia ini, kurang seminggu sebelum umat Islam menyambut hari lebaran.. Dalam ramai2 insan yang ingin menemui Penciptanya dalam bulan Ramadhan ini, bonda adalah antara insan yang dipilih olehNya.. semoga bonda mendapat tempat terbaik di sisiNya.. InsyaAllah.. Amiin..


Terkilan rasa hati ini kerana belum sempat aku berkenalan dengan bonda.. teringin sekali aku untuk menatap wajah bonda, tapi hanya dapat kulihat pusara bonda di sisi pusara ayahanda.. teringin sekali aku untuk mencium tangan kudus bonda, tetapi hanya dapat kucium tangan2 pewaris bonda dan ayahanda.. tak pernah aku sangka pertemuan bonda dengan Penciptanya mendahului pertemuan yang dirancang untuk aku bertemu bonda.. aku hanya mampu merancang, namun Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. aku yakin dengan ketentuan Tuhan, pasti ada hikmah disebaliknya..


Ramadhan kali ini pastinya berbeza buat encik ridzuan.. memberikan kenangan pilu hingga ke akhirnya.. Apalah makna beraya tanpa bonda dan ayahanda.. Tanpa dapat dicium tangan dan memohon maaf daripada keduanya.. Tabahlah sayang, kuatkan semangat menghadapi dugaan Allah untuk menguji iman hambaNya..

Monday, June 6, 2011

:: Cakkk~ ::

Salam..


Hampir sebulan aku tak berbicara.. sampaikan username ngan password pon bole lupa.. terpaksa wat trial and error byk kali..LOL..


Tiap2 ari aku kene drive lebih kurg sejam nk ke tempat practikal, tp balik kurang separuh ms sbb bole speed up smpai 100km/j.. balik lawan arus, so jln kurg jem.. best wooo drive laju2, mcm naik roller coaster yg drive sendiri.. tp bahaye la, so jgn ikot perangai aku..heheh.. mlm plak xde makneyner aku nk melepak2 layan tenet or tgok TV.. slalunyer life mlm utk tido je..hahah..


Ari ni agak bosan kat tempat keje.. keje aku ari ni duk bace jurnal dan jurnal.. muak weyhh.. muak bace jurnal ms wat FYP dulu pon xabes lg, ni kene bace jurnal lg..hohoho.. ngantok giler.. so ari ni aku amat rajin ber-mukabuku.. bace jurnal 5 minit, ber-mukabuku setengah jam.. sungguh tak beretika..hahaha.. watever~


*baru betol mukabuku*




Tuesday, May 10, 2011

:: UpDaTinG LiFe ::

Industrial Training

Ak practkal kat MPOB Bangi.. br ari ke-2 tp da byk keje.. even ms 1st day pon da masuk lab.. so far so good la.. xde ape sgt nk komplen.. staff sume baik2, mesra.. tp keje penat cket la.. dpt duduk cume ms lunch break and after keje siap je.. selain ms tu, bukan xdibenarkan duduk, tp keje sgt byk dan kena siap segera, so mmg xsempat la nk duduk.. sume wat keje mcm lipas kudung.. details keje ak akn citer later.. tiap2 pg kene bgn kul 5.45 pagi.. then kuar umah kul 6.30 pagi utk elakkan jem.. tp kdg2 tersangkut jugak.. sampai ofis around 7.30 pagi.. so tiap2 mlm kene tdo before kul 11 mlm, klau x mmg susah giler la nk bgn..heheh..

Anugerah

Hurmm... honestly walaupon xberharap sgt, tp harapan tu tetap ade.. tertunggu2 jugak bila la org BHEP nk call ni.. ak tunggu dgn harapan yg menggunung sampai la 5hb mei, hari penyampaian anugerah.. beso benor bannernyer.. ak gi UPM 5hb tu, bkn pasal anugerah ni, tp ade urusan lain.. bila tgok banner tu, sayu je rs hati ni sbb xdpt.. tetibe hari ni ade sorg member ni upload pic dia terima anugerah tu.. jeles, sedih, kecewa sume ade.. jeles sbb kwn ak dpt tp ak xdpt.. tp dia mmg layak pon.. beza sgt taraf ak ngan dia.. sedih sbb ak xdpt ikot jejak kecemerlangan encik ridzuan yg dpt anugerah yg sama 2 tahun lepas.. kecewa sbb ak xdpt bg anugerah tu kpd ibu tanda penghargaan ke atas segala pengorbanan yg dilakukan sehingga ak berjaya.. sgt kecewa.. xpe la, mungkin rezeki ak ditempat lain..huhuhu..

Nyte2.. nk tdo da.. sok keje lg.. (xde mood sbnrnyer sbb rs kecewa dtg balik after tgok pic2 kwn tu..huhu)

Thursday, May 5, 2011

:: pErGi TaK KeMBaLi ::

AL-FATIHAH

buat rakan persekolahanku..
yang telah kembali kepada Penciptanya..
dr ALLAH kamu dtg.. dan kepada ALLAH kamu telah kembali..
Ratna kesayangan kami..
tragis kisahmu menjadi iktibar kepada semua..
ajal bukan hanya untuk si tua..
ajal dtg bila2 masa..
biarlah orang mengata..
namun kami lebih mengenali kamu yg sbnrnya..
semoga ditempatkan bersama orang-orang yg beriman..
Amiiinn..