Saturday, February 26, 2011

:: FuN wiTh FaMiLy JPA ::

Salam..

Da beberapa hari aku tinggalkan dunia blog ni.. Sebelum tido wat keje, celik je mata teringat keje lagi.. bukak fb pon sebab keje.. klau tak, silap2 fb pon tak sempat nak layan.. yela, event JPA tu da dekat sangat.. kurang daripada seminggu je masa yang tinggal untuk buat persiapan..huhuh..


Percaya atau tak, aku baru 3 kali berjumpa ngan kawan2 JPA ni.. First masa taklimat JPA dulu, tp time tu xkenal pon lagi.. muka pon tak ingat.. 2nd time ms first meeting selasa br ni, time ni baru nk belajar ingat muka.. 3rd time ms meeting ari ni, kali ni baru la nk menghafal nama.. tu pon ade gak yang aku tersasul panggil salah nama.. Luqman jadi Taufik, jaoh giler beza.. suke hati aku je nak tukar2 nama orang, asal sedap panggil je..hahaha.. tak kesah la sebab even pengarah sendiri pon banyak kali tersasul...heheh..



Tp yang peliknya, walaupon baru je 3 kali bertemu muka, ktorg mcm da rapat sgt2.. gurau2 mcm da bertahun2 kawan.. Slalunyer aku susah sikit nk masuk ngan orang2 yang baru kenal.. Tp diorang ni memang superb la, salute sorang2.. Lain tau kalau kite berkeje dikalangan orang2 bijak pandai ni.. Tak rasa janggal, takde rasa nak bertekak, tak tolak idea bulat2, senang bagi pendapat.. Yang aku paling suke pasal organisasi ni, susunan ayat sangat teratur dan sopan, tak yah nak ajar, sume tau sendiri.. Pendek kata, sangat beretika la.. Sebelum2 ni, setiap kali aku attend meeting mesti nak kene ingatkan, jangan gune kau-aku, tlg bagi greeting sebelum bentang keje, and so on.. Selama aku berorganisasi lebih 3 tahun di UPM ni, ni la first time aku puas hati dengan prestasi setiap individu semasa meeting.. Lagipon aku memang jenis manusia skema, sesuai sangat la dengan golongan ni..hahah.. Tp ktorng ni, skema, skema jugak, tapi gelak tetap banyak, keje tetap jalan..hehehe..



Betul la kate rumet aku, keje-keje macam ni la yang akan bantu aku untuk melupakan masalah remeh temeh yang duk wat aku runsing tiap2 ari.. Masa meeting aku sangat hepi, tp bila habis meeting, terpaksa menghadapi realiti ni balik, rasa yang sangat2 tak best.. Tp realiti tak boleh nak tolak tepi jugak.. But for now, aku nak guna balik femes quote aku "Whatever will be, will be".. malas da nak layan, sbb da tawar hati nk layan.. sape yang faham, faham la.. sape yang tak faham, buat2 faham je la..ngehehehe~

Sunday, February 20, 2011

:: AkU MaSiH WaRaS ::

Salam..

Kadang2 aku berasa sangat pelik sebab aku mampu untuk menggembirakan orang, memotivasikan orang.. tp aku belum berjaya untuk menggembirakan diri sendiri.. pandai-pandai je aku bagi nasihat pada orang agar tidak terlalu memikirkan masalah yang dihadapi dan jangan bersedih.. tapi untuk diri sendiri?? bila duduk sorang-sorang dalam bilik, nak tak nak, pasti aku akan dilanda kemurungan.. sometimes aku boleh handle dan abaikan perasaan tu, tp in other times, perasaan tu pulak yang mainkan aku balik..huhuhu..

Mula-mula aku rasa macam ni:



Pastu aku jadi camni pulak:



Dan ada kalanya jadi begini:






Tapi perlu ke aku wat sampai begini:


Oh, tentulah TIDAK.. aku masih mampu untuk menggunakan akal dengan waras.. aku cuma perlukan aktiviti yang akan membuatkan aku sibuk-mengalahkan-menteri supaya aku leka dan tak lagi dipermainkan oleh perasaan.. that's all..huhuhu..




Gambar bawah ni tiada kaitan dengan entri kali ni.. tapi aku rasa gambar ni sangat kurang ajar.. naseb baik cume gambar je.. da patahkan hati, baru nak pulangkan.. kalau betul2 berlaku, orang camni memang jenis takde hati, perut, hempedu dan semua bagai la.. patut campak bagi makan piranha je..huhuhu

:: BeRoRgAniSaSi LaGi ::

Salam..

Pg td aku menghadiri Taklimat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar tahun akhir tajaan JPA.. Basically taklimat itu untuk memberitahu bagaimana cara-cara untuk melapor diri dengan JPA setelah tamat belajar nanti.. then pegawai daripada JPA memberitahu pada awal Mac nanti, akan diadakan Program Bersama Pengarah JPA untuk semua pelajar UPM bertajaan JPA.. first time Pengarah nak turun padang bertemu pelajar.. dan istimewanya event kali ini, walaupun event ini dianjurkan oleh JPA, tapi organisasinya dan badan pelaksana adalah pelajar UPM tajaan JPA sepenuhnya… pertama kali berlaku dalam sejarah di mana event yang berlaku dalam UPM dilaksanakan tanpa perlu mendapat kebenaran dan kerjasama daripada BHEP UPM, direct contact terus dengan JPA..

Semasa sesi perlantikan organisasi tadi, aku seboleh mungkin mendiamkan diri agar tidak terlibat dengan event ini.. rasanya da setahun lebih aku tidak bergiat aktif dan tidak menyertai mana-mana aktiviti kelab dan kolej.. kesian jugak bila adik-adik junior menghantar msg berkali-kali agar aku dapat hadir dalam program diorang untuk memberikan pandangan dan nasihat.. bukan tidak berminat, program-program berunsur kepimpinan memang da menjadi sebahagian daripada darah dan nadi aku.. tapi aku rasa aku harus lebih focus kepada pelajaran pulak, lebih- lebih lagi aku dah menjadi pelajar tahun akhir yang sedang sibuk membuat final year project.. aku dah tak mampu nak bahagikan masa untuk semua tu lagi..

Berbalik kepada sesi perlantikan tadi, untuk jawatan Pengarah projek sehingga lah ke jawatan AJK, semuanya telah terisi tanpa ada sebarang masalah.. hanya jawatan AJK Publisiti yang belum terisi.. then Pengarah projek meminta seorang wakil dari setiap fakulti untuk berdiri.. aku toleh kanan, aku toleh kiri.. uitt, mana member2 dari fakulti aku td? Selain aku, Fafa, Rad and Shiera, ada lagi 4-5 orang yang datang masa taklimat ini.. tetiba je semuanya lesap.. haih, bila masa pulak diorang keluar? Aku pandang kawan-kawan aku yang 3 orang ni.. Apa? Apa? Semua dok pandang aku.. Yela2, paham, aku lah yang kena berdiri maknanya..huhu.. aku harap daripada semua yang berdiri bagi mewakili fakulti masing-masing ini, hanya 2-3 orang je lah yang akan dipilih mengisi kekosongan jawatan AJK Publisiti tu.. Rupa-rupanya semua yang berdiri terus dilantik menjadi AJK Publisiti bagi mewakili fakulti.. disebabkan event ni adalah event seluruh pelajar UPM, maka pelajar yang dipilih untuk mengisi organisasi jugak adalah daripada kos-kos pengajian yang berbeza.. dan dalam organisasi ni, seorang pon aku tak kenal.. FINE~!!

Event ni event besar, melibatkan pelajar seluruh UPM, melibatkan nama baik UPM dan jugak akan dihadiri oleh orang besar JPA.. event ini akan dinilai oleh Pengarah JPA sendiri dan menjadi benchmark sebelum dilaksanakan di universiti-universiti lain.. lagipun hanya ada masa 2 minggu sahaja untuk melaksanakan program ni.. dengan masa yang terbatas sebagai final year student, banyak kekangan yang akan dihadapi nanti.. aku memang tak berapa suka dengan program ad hoc macam ni.. kalau boleh aku memang tak nak jadi sebahagian daripada badan pelaksana.. bunyi macam agak selfish kan, tapi aku perlu selfish demi pelajaran aku, demi menaikkan CGPA aku dan demi final year project yang tak siap lagi tu.. tapi apa alasan yang aku nak bagi.. kalau dalam kelab, aku selalu guna alasan yang aku ni dah final year.. tapi alasan tu da tak relevant dalam situasi aku sekarang sebab semua yang dilantik hari ni, semuanya final year..huhuhu.. takpe lah, pasti ada HIKMAH.. kepada kawan-kawan yang sudi membantu aku, terima kasih banyak2..SEKIAN~



*credits to mr. Google*


:: OrAng TeNgAh ::

Salam..

Alhamdulillah, hari ini aku gembira kerana menjadi aku.. Kebelakangan ini banyak masalah yang datang pada aku, dan separuh daripada masalah itu sebenarnya bukan masalah aku.. tp atas kehendak Allah, aku terpilih untuk menjadi orang tengah, orang perantaraan.. slalunya orang tengah akan lebih serabut daripada pihak-pihak yang saling bertelagah ini.. salah satu pihak akan bercerita pada orang tengah.. dan akhirnya orang tengah yang akan pening kepala nak cari solution bagi memuaskan hati semua pihak.. tapi jangan mengeluh kalau kita terpilih menjadi org tengah.. sebaliknya bersyukur la...


*credits to mr. Google*


Mak usu aku pernah ckp, ada sebab Allah menjadikan kita sebagai orang tengah.. bukan semua org boleh menjadi org tengah.. pasti kita punya keistimewaan sendiri yang membuatkan orang lain memberi kepercayaan.. bila timbul sesuatu masalah, pihak A akan menuding jari pada pihak B, dan sebaliknya.. dengan kehadiran amarah, mata dibutakan daripada melihat hakikat.. hanya nmpak kesalahan org lain, tapi langsung tak nmpak kesalahan yang berpunca daripada diri sendiri.. lumrah manusia yang tak pernah mengaku silap diri.. tapi orang tengah pulak akan nmpak the whole story, cerita dari both sides, tanpa berat pada mana-mana pihak.. dengan menggunakan semua pancaindera untuk menilai dan menganalisa, kita pasti akan dapat melihat KEBENARAN..


Keistimewaan yang Allah beri pada orang tengah adalah untuk menilai kebenaran.. dan bagi orang yang ingin mengambil pengajaran, pasti ada sesuatu yang akan dipelajari.. jangan buat begini, consequences-nya akan jd begini.. jangan buat begitu, akibatnya begitu pulak.. aplikasikan pada kehidupan sendiri, InsyaAllah kita pasti akan mendapati hidup kita menjadi lebih baik.. much better tanpa kita perlu mengalami situasi yang sama seperti orang yang terdahulu.. teringat aku semasa sekolah rendah dulu, ada seorang cikgu berbangsa India menulis di papan hitam dan sehingga kini aku masih teringat akan ayat itu: “Fool learns from his own mistake. A wise man learns from the mistake of others”.. Semoga aku tergolong di kalangan orang yang bijak.. InsyaAllah..


*credits to mr. Google*


Menjadi orang tengah bukanlah suatu bala, malah adalah suatu anugerah.. dan hanya insan yg TERPILIH dapat merasai keistimewaan ini.. Kerana menjadi orang tengah, aku mendapat saudara dan sahabat.. kerana menjadi orang tengah, aku menjadi orang kepercayaan.. dan kerana menjadi orang tengah juga, aku dapat memotivasikan diri aku dengan lebih baik.. Alhamdulillah untuk segalanya.. aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah.. dan tentang apa yang berlaku pada diri aku pula, aku berserah segalanya pada Allah.. andai itu yang terbaik, aku redha.. pasti ada lagi pelajaran dan pengajaran yang ingin Allah sampaikan pada aku.. dan kepada insan yang terlibat dalam masalah peribadi aku, aku mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, andai ada khilafku yang aku lakukan tanpa aku sedari.. hanya Dia yang Maha Pengampun.. Sekian~

*credits to mr. Google*



p/s: disebabkan telah lama tak menulis, aku seolah-olah telah kehilangan art of idea deliveries..huhuhu

Thursday, February 17, 2011

:: TaK pErNaH SaNgKa ::

Salam..




Tak pernah sangka
Insan yg paling disayangi
Rupa2nya dialah yg mengalirkan air mata..


Tak pernah sangka
Insan yg selama ni dibenci, dipandang sepi
Rupa2nya dialah sahabat sejati..



Tak pernah sangka
Hidup yg begitu indah
Rupa2nya turut dikunjung badai gelora..



Tak pernah sangka
Tika hati dirundung duka
Rupa2nya masih ada yg sudi menghulur cahaya..



Banyak yg tidak pernah disangka..
Realiti hidup yg penuh dengan kejutan..
Pasti mengejutkan orang yg tak pernah bersedia..
Dan aku la org itu..



Expect the unexpected..
Jangkalah segala yg tak pernah terjangka..



Tuesday, February 1, 2011

:: BeRoMeN ?? ::

Ari ni blok amat2 sunyi.. yek ar, org da balik CNY, wa ngan lg 2 org rumet wa melepak lg kat kolej ni..heheh.. ingat wa suke sgt duk lepak kat kolej kosong, xde maknenyer.. wa tgh kumpul bahan and start writing thesis.. rumet wa yg sorg ni tgh keje, xdpt cuti.. yg lg sorg plak lg bgus reason.. mak die suh die temankan wa sampai keje wa siap.. terharu beb mak rumet wa ni prihatin ngn kwn anak die..heheh..


So mlm td ktorg ber3 campur ngn lg sorg member gi tgok wayang Paranormal Activity II.. citer tu kul 10mlm br start.. tp wa bukan nk citer pasal citer ni.. sbb wa da xnk ingat da psl citer tu.. wa kan penakut, so wa xnk citer tu menghantui hidup wa.. lgpon this film is the WORST film ever.. seriously.. (actually wa nk tgok citer lain.. tp terpaksa tukar plan last minute sbb ikot kptsan majoriti..heheh)..






Ms tgh berdebar2 tgok citer tu, tetibe wa asyik terdengar bunyi walkie-talkie staf cinema tu je.. seyes bising and menyakitkan hati.. yek ar, org tgh suspen, kacau btol ar ade bunyi lain plak.. then tetibe staf tu tinggikan suare..


"Kalau customer tu nk BEROMEN, suh die keluar.. Aku bukak pintu belakang.."



Laaa, rupenyer ade customer dr bilik cinema lain yg buat hal.. agak2 ar nk wat projek tu.. wa rs klau setakat peluk and kiss, staf xkan bg warning sampai mcm tu skali.. ni mst diorg da wat bende2 extreme sampai da mengganggu customer lain ni.. Pastu tumpuan ktorg da lari cket la dr citer tu.. on the way balik tu, masing2 buat kesimpulan sendiri..


A: "Mesti yg 'buat' tu Cina.."

B: "Maybe.... tp xsemestinye.... Mungkin jugak Melayu..."

C: "And student mungkin....hmmmm.."


Wa xkisah ar korg nk buat ape pon.. dosa masing2 tanggung ar sendiri.. wa tau la korg nk sambut Valentine-in-advance, tp sila la gune otak cket.. kucing yg tak berakal pon pandai malu xbuat depan2 org, ni plak manusia yg ade akal sempurna..hurmmm..