Wednesday, October 20, 2010

::Kisah Ayah 3::

Salam..

Tarikh yg indah: 20102010.. hanya berlaku sekali sahaja dalam kalendar dunia ini..Ingatkan td nak share psl buku The Secret: the law of attraction.. 2,3 ari ni mmg mood aku sgt baik sbb aku apply ape yg aku baca dlm buku ni.. segala2 yg berlaku sgt berkait rapat dgn apa yg kite fikir, InsyaAllah.. tp pasal ni aku akan citer lain kali..


Td akk bgtau by ptg ni atau esok, doc dr bahagian orthopedic akan check ayah.. disebabkan terbaring lama sgt (da lebih sebulan duk hospital), blood circulation ayah sgt tak bagus.. dekat kaki da ade lebam2 sbb darah xlancar dan terkumpul kat tempat2 yg mana tarikan graviti nya lebih kuat.. lama2, darah yg terkumpul ni membeku, tu yg menyebabkan lebam2 tu..


Begitu jugak la kat bahagian punggung.. ditambah pulak dgn penggunaan pampers, drpd ruam jd kudis.. doc ade bersihkan kulit2 mati kat situ, tp mungkin masih kurang hygiene, nanah pulak yg terkumpul.. sekiranya perlu, mungkin doc perlu buat operation utk buang nanah, takut affect salur darah.. klau bakteria da mula masuk dalam salur darah, lg tinggi risiko utk berlaku komplikasi lain..huhuhu


Akk kata hari ni ayah kerap mengalirkan air mata.. selama ni kami fikir air mata tu mungkin sebagai respon yg ayah dengar apa yg kami katakan.. tp rupenyer air mata tu utk memberitahu ayah sgt sakit skrg ni memandangkan ayah da tak mampu nak berkata2 lagi..huhuhu.. rs sedih sgt2 skrg ni.. sian ayah terpaksa menanggung kesakitan.. semoga ayah selamat dan cepat sihat.. Amiinn..


Lupa nk bgtau.. ayah da di-transfer ke HKL bbrp hari lepas.. keadaan kat HKL mmg kelihatan agak uzur dan eerie memandangkan hospital ni pon da lama wujud.. tp kat hospital ni ramai doc pakar.. Hospital ampang pon mengambil bekalan ubat ayah dr HKL.. memudahkan la urusan rawatan ayah.. lgpon HKL dekat dgn umah.. senang sikit ibu nk melawat ayah tiap2 hari.. tak perlu nk terkejar2 ke hospital ampang yg jauh tu..


No comments:

Post a Comment