Thursday, May 13, 2010

::Hantaran Pertunangan Abang::

Hye there...

Post kali ni xde hape sgt la.. juz nk bgtau aku tgh bz siapkan hantaran tunang abang aku.. ok, first of all, juz nk bgtau abg aku akan bertunang pd Wesak Day tahun ni, ade dlm 2 minggu lg la.. InsyaAllah kalau jodoh mereka dipanjangkan.. so sbg adik mithali, aku bertanggungjawab utk siapkan hantaran abg yg ade 5 tu: cincin tunang, kain nikah, buah2an, sirih junjung and cake.. tp aku cume wat gubahan utk 4 bende tu je.. yg sirih junjung tu makcik aku yg akan wat sbb aku x reti...hahaha...

so far gubahan hantaran kain nikah da siap 80%, cincin tunang br siap 20%, and hantaran2 lain 0%..hehehe.. agak penat woooo nk siapkan hantaran sorg2.. patotnyer ibu yg akan wat tp aku sian ar tgok ibu penat balik keje, bile ms plak la nk wat hantaran sume tu kan.. sementara aku jd suri rumah xbertauliah sepenuh ms dlm 2 bulan ni, so aku pon tawarkan diri utk watkan hantaran.. lebih2 lg aku minat bab2 gubahan ni walaupon xde ar terer mane.. juz minat main2 ngn reben, renda, manik, bunge2, net and bla..bla..bla...hehehe.. next time bile da siap, aku upload pic hantaran tu kat cni..ngeeee~

::Sirih junjung::

::Buah2an yg xbrape nk tempatan::

::Sejadah::

::Telekung::

::Tuala::

::Talkum..perfume..and bla3::

ni la hantaran yg da siap... not perfect but nice (aku rasa la..heheh...).. ade 9 kesemuanyer... ade tambahan lg 4 dulang pd saat2 akhir.. sirih ngan buah tu akk and makcik aku yg wat.. aku xreti nk gubah bende2 hidup ni..hehehe..

28 mei ari tu, abg aku pon da selamat bertunang ngn kak as kat umah family kak as kat karak.. insyaAllah ujung tahun ni, andai jodoh diorg dipanjangkan, abg dan kak as akan dinikahkan...

p/s: pic bekas cincin ngan kain nikah aku upload later sbb internet tgh lembab sgt..huhuhu... pic cake aku luper nk amek...ngeh3..


Sunday, May 9, 2010

::Selamat Hari Ibu::


Pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei setiap tahun, kita akan meraikan Hari Ibu Sedunia..pada ketika ini lah jasa dan setiap titisan susu ibu dikenang.. pada aku, hari ini adalah hari yang paling touching sepanjang 365 hari setahun,, sbb nyer pada hari ini banyak citer2 sedih tentang pengorbanan ibu yang akan ditayangkan di tv.. dan bg insan yang berjiwa sensitif mcm aku ni, better sediakan tisu sblm banjir..hehehe..

pabila memperkatakan ttg Hari Ibu, ayah aku amat tidak bersetuju dengan konsep ini.. kata ayah, Hari Ibu adalah pada setiap tarikh kelahiran anak2nya.. kerana disaat seorang wanita melahirkan anak ke dunia, disaat anak mula mengeluarkan tangisan yg pertama, pada saat itu la wanita itu bergelar ibu.. saat untuk bergelar ibu itu berlaku pada setiap tarikh kelahiran anaknya.. sekiranya wanita itu memiliki 10 orang anak, 10 kali wanita itu wajib diraikan sempena Hari Ibu oleh 10 orang anak2nya itu.. itu konsep yg ayah aku pegang la..

bg aku plak, xperlu ade specific hari untuk Hari Ibu pon xpe.. sbb pengorbanan ibu perlu dihargai setiap masa dan saat, bukan hanya pada satu2 tarikh tertentu shj.. penghargaan dan kasih sayang perlu diberikan kepada ibu tanpa limit masa dan tidak perlu terikat oleh sebarang tarikh dan event.. tp itu skdr pendapat.. lain org, mungkin mempunyai pendapat yg berbeza plak.. xkesah la asalkan niat dan tujuan kita sama, iaitu untuk menghargai pengorbanan ibu yang telah membawa kita didalam rahim selama 9bulan10hari, kemudian bertarung nyawa utk melahirkan pula.. xselesai dgn itu, terpaksa pulak menerima jahitan akibat koyakan semata2 untuk membawa kita ke dunia ni.. kerana anak, seorang ibu akan hilang body shape, malah semakin berganda2 berat badan.. belom lg dikira dengan urat2 yang timbul dibetis ibu dan bengkak kaki gara2 membawa anak setiap masa dan ketika selama 9bulan dlm kandungan..Terima kasih ibu diatas pengorbananmu yang tidak mampu kubayar walau dengan segunung emas sekalipun..

sejujurnya aku katakan, aku mungkin mampu membesar tanpa ayah.. tapi aku tidak mampu hidup tanpa ibu.. sebagai anak perempuan, banyak selok belok kehidupan yang aku perlu belajar dr ibu, terutama tentang perasaan dan hal ehwal rumah tangga yg akan aku hadapi kelak.. byk perkara ttg kehidupan wanita yang ayah tidak mampu ajar.. aku amat memerlukan ibu untuk membimbing aku utk menjadi wanita sejati.. mungkin ibuku bukanlah insan yang paling sempurna dalam dunia ini, tp kehadiran ibu telah menjadikan hidup aku sempurna.. Terima kasih Tuhan kerana meminjamkan ibuku di dunia ini.. Semoga ibuku sentiasa memperoleh keberkatan-Mu dan sentiasa berada di kalangan hamba-Mu yang soleh dan solehah.. Amiin..


~ibuku yg menawan: puan Saniah bt Morlin~

~like mother, like daughter~


Saturday, May 8, 2010

::Family Outing::


For Korean fans, mst penah dengar "Family Outing" kan- famous variety show.. aku bukan la fanatik sgt ngan citer2 korea, tp dulu2 aku suke gak tgok Winter Sonata, Autumn in My Heart, Full House, and seumpama dengannya.. jalan citer best, artis encem2 and lagu pon best..hehehe.. start Form 4 bile aku da masuk asrama, aku da melupakan dunia korea ni..

few months before, aku slalu dengar rumetku yg sorg ni duk gelak2 bile tgok citer kat laptop.. die klau tgok citer, die akan pakai earphone.. so aku xtau ape yg digelakkannya.. seyes ckp kdg2 aku jeles ngan die.. rumet aku ni mcm slalu je hepi bergelak ketawa sorg2, mcm xpenah ade mslh.. kdg2 bile aku dgr die ketawa, mst aku pon nk ikot ketawa sekali...hehehehehe.. then one day, ak berasa sgt curious.. so aku pon duk melepak la kat katil rumet aku ni.. br aku tau rupenyer selama ni yg die dok gelak sorg2 tu, rupernyer die tgok Family Outing.. aku pon try join sekaki.. mmg seyes klakar.. tergolek2 aku gelak ms first time tgok tu..hehehe...

aku xingat since when, aku mintak copy citer Family Outing dr rumet aku ni.. mula2 episod 1 ngn 2 je.. sejak dari tu la moment kegilaan aku pd korea kembali berputik.. kbtulan time tu minggu final exam.. bila ade gap antara paper je, mesti aku mintak copy lg.. seronok tgok Family Outing ni, bole release stress.. laughter is the best medicine.. nk pecaye atau x statement ni, try tgok Family Outing dulu..hehehe... pastu sedar x sedar, skrg ni aku da ade copy sampai episod 30++..hehehehe...

melalui family Outing ni la kite bole tgok kehidupan artis korea di luar filem, tanpa sebarang solekan, dan sgt selekeh.. muke diorg time br bgn tdo pon bole tgok gak..hehehe.. tp aku mmg salute ar, diorng sgt sempoi.. aku xrs artis kite mampu wat camtu.. dan aku skrg ni sgt fanatik ngan Family Outing.. ruginyer xcopy byk2 dr rumetku sblm cuti ari tu.. dan ari ini aku sgt merindui mereka...huhuhu

melalui citer ni gak aku berkenalan ngan boifren aku--> Lee Chun-Hee.. dlm citer ni die dikenali sbg Chunderella sbb slalu kene buli dgn stepmother-Kim, tp die ikot je, xmelawan pon.. mmg naive and little bit clumsy.. papepon, die tetap yg paling hensem.. Lee Chun-Hee sentiasa dihatiku..hahaha


OH-MY-GOD!!!
My boifren Chun-Hee is so hensem..hohoho

Asasi Sains Pertanian UPM

Mungkin ramai yang di luar sana tgh pening kepala utk membuat pilihan ke mana tempat terbaik utk melanjutkan pelajaran setelah tamat SPM kan?!! pilihan banyak depan mata tapi xde cukup information utk memilih yg mana 1..

since post ni utk public, penggunaan 'saya' lebih sesuai utk post kali ni..hehehe.. td sy terbaca comments ttg ASASI SAINS PERTANIAN UPM a.k.a ASPer kat facebook.. rs terkilan ade, rs kelakar pon ade.. sbg alumni batch ke-2 ASPer, sy rs terkilan sbb ramai yg menghantar comment psl ASPer rata2 tak tahu dgn jelas ape itu ASPer.. mereka mendapat tawaran dr ASPer tp mereka sbnarnyer xtahu ape itu ASPer, maka mereka membuat andaian dan kesimpulan sendiri ttg ASPer.. ade yg kata ASPer hanya utk mereka yang minat pertanian shj.. wahai adik2 yg bijak pandai di luar sana, meh cni akk nk citer cket psl ASPer..


1. ASPer ni same je mcm matrikulasi2 lain yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.. In fact, ASPer jugak bernaung di bawah KPT.. pelajar2 yang ditawarkan oleh pihak pengurusan ASPer adalah pelajar2 yang terpilih dan bijak pandai.. majoriti pelajar ASPer adalah bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Bestari.. siape kata anda xkan dapat biasiswa apabila memasuki ASPer?? anda akan menerima biasiswa sebanyak RM1000 per semester..

2. di matrikulasi lain, anda boleh pilih sama ada utk memilih aliran sains hayat (+biology) atau sains fizik (+ fizik).. klau ambil sains hayat, anda xkan belajar lg ttg subjek fizik.. begitu jugak kalau ambil sains fizik, anda da xkan bertemu ngan subjek biology.. tp di ASPer, xde pembahagian aliran2 seperti di matrikulasi.. anda perlu belajar kedua2 subjek tersebut tanpa pilihan dsamping subjek maths, english, chemistry dan tambahan subjek pertanian.. mungkin ade yg rs agak membebankan krn terpaksa belajar kedua2 killer subjects ni, tp cube lihat dr sudut yg positive.. lebih luas cabang ilmu yg anda miliki, lebih tinggi peluang untuk anda mendapat kursus yang bakal anda pilih utk degree nanti..

3. dlm satu2 matrikulasi, terdapat hampir 1000 org pelajar, atau mungkin lebih dr itu.. tp jumlah pelajar di ASPer (setakat ini) tidak mencecah 700 orang utk setiap intake or batch.. advantage nya adalah kurang persaingan utk merebut tempat utk kemasukan ke degree nnt.. let say, if anda mendapat result yg kurang baik semasa di matrikulasi, kebarangkalian utk anda mendapat kursus yg anda pilih utk degree agak tipis memandangkan anda harus bersaing dgn pelajar2 dr seluruh matrikulasi di Malaysia dan juga terpaksa bersaing dengan pelajar2 lepasan STPM dan Diploma.. lebih malang, anda mungkin terpaksa dihantar ke universiti2 yg tidak menjadi pilihan anda dengan kursus degree yang anda tidak minat.. tetapi sekiranya anda adalah lepasan ASPer, kebarangkalian untuk mendapat kursus pilihan pertama yang anda pilih adalah sgt tinggi.. malah anda dengan senang2 telah mendapat tempat di UPM (yg telah mendapat taraf sbg research university) tanpa perlu bersaing dengan pelajar2 matrikulasi, STPM mahupun pelajar Diploma..

4. siapa kata ASPer hanya menawarkan kursus pertanian shj utk degree nnt??? sehingga kini, ramai alumni ASPer telah meneruskan degree sbg pelajar Doktor Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Makanan, Sains Bioteknologi, Rekabentuk dan Seni Bina, Sains Pertanian, Sains Ternakan, dan Sains Alam Sekitar.. dan ade kabar angin mengatakan kursus Doktor Perubatan juga akan ditawarkan tidak lama lg bg pelajar lepasan ASPer..

5. sekiranya anda memilih untuk menjadi sebahagian drpd pelajar ASPer, anda akan didedahkan dengan suasana campus life lebih awal berbanding rakan2 yang memilih untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi.. sekurang2nya anda tidak akan terkena culture shock seperti kebanyakan rakan2 anda yg baru memasuki alam universiti setelah tamat pengajian di matrikulasi.. sebagai pelajar ASPer, anda akan bergaul dengan pelajar2 degree yg lebih berumur dr anda.. secara tidak langsung, pemikiran anda akan lebih matang dan terbuka.. percaya atau tidak, Pendebat Universiti, Pembahas Universiti malah Pemantun Universiti di UPM kebanyakkannya adalah pelajar ASPer.. begitu juga dengan team Serdang Angel (team rugbi UPM) yg digeruni oleh IPTA lain juga terdiri drpd beberapa org pelajar ASPer..


UPDATE 2.01.2012:

6. ASPer kini menawarkan juga program LALUAN PANTAS, mulai pengambilan Januari 2012.. menerusi program ini, anda dapat mengikuti kursus ASPer hanya selama 8 bulan sahaja, dan kemudian dapat meneruskan pengajian ijazah (degree) di UPM pada tahun yang sama.. tawaran ini terbuka kepada semua pelajar cemerlang dalam PERCUBAAN SPM bagi pelajar2 SBP, SBPI dan MRSM.. dapat je result trial SPM, dah boleh terus memohon.. kalau anda adalah calon yang mengambil SPM pada 2011 yang berakhir pada Disember 2011 yang lalu, anda dah boleh memulakan pengajian ASPer pada bulan Januari 2012, tamat pada bulan Ogos 2012, dan meneruskan pengajian degree pada bulan September 2012.. sangat cepat, tak perlu buang masa tunggu result SPM keluar baru nak apply mana2.. berbanding kawan2 lain yang tak apply ASPer LALUAN PANTAS, mereka perlu menunggu 9 bulan sebelum dapat meneruskan pengajian.. untungnya adik2 zaman sekarang..

7. Dahulu, ASPer hanya menawarkan kursus2 agro-based sahaja utk degree.. tp kini ASPer telah menawarkan 41 kursus degree (science-based) untuk adik2 lepasan ASPer.. untuk senarai penuh kursus yang ditawarkan, sila click http://www.asasi.upm.edu.my/degrees1.html. Nak ambil course apa degree nnt? Medic? Engineering AeroSpace? Dietetic? Kimia Petroleum? Sains Intrumentasi? Just name it, semuanya ditawarkan untuk anda.. Berbanding kami dahulu, dapat result bagus pon still tak dapat apply Medic sbb ASPer tak tawarkan.. tp skrg da lain.. sangatttttt untung jadi warga ASPer..

Cukuplah setakat ini dulu.. anda boleh berinteraksi secara langsung dengan alumni2 ASPer di facebook untuk information tambahan.. ataupon layari laman web rasmi ASPer http://www.asasi.upm.edu.my .

Setiap yang diwujudkan oleh manusia pasti ade baik dan buruknya.. gunakanlah kebijaksanaan anda untuk menilai dan membuat pilihan.. jangan lupe untuk meminta pandangan dari ibubapa.. Semoga entry ini memberikan kebaikan kepada semua.. wallahualam..


C-U-D-IPT (^_^)V

-Alumni ASPer (2nd batch)-

Monday, May 3, 2010

:: tEmpLatE bArU::

Assalamualaikum wbt..

sejak incident aku dihina dlm blog aku sendiri bbrp tahun lepas, aku bagaikan da xde hati nk tulis blog lagi.. kegilaan nk tulis blog hilang mcm tu je.. tp hari ni blog aku muncul dgn wajah baru.. bukan bermakna semangat kegilaan tu dtg balik... cume time ni aku dpt pinjam broadband abg, tu yg aku memaksimumkan penggunaan internet smntara abg blom mintak balik broadband die..hehehe..

blog aku yg dulu ntah ape name die, aku pon da malas nk ingat.. then aku muncul kembali dengan ::when earth meets heaven::.. tetibe aku rs bosan plak ngn name ni.. and skrg aku berikan nama baru utk blog 'coming back' ni.. ::M.A.W.A.D.D.A.H:: utk pengetahuan sume, Mawaddah ni bukanlah bersempena ngn name sape2.. tp mawaddah ni bermaksud kasih sayang.. aku tertarik nak gunakan nama ni sejak aku terbaca dalam salah satu koleksi buku motivasi yang aku ade.. bagaimana dengan kasih sayang ini membuatkan kita menjadi insan yang lebih kuat dan tabah.. demi kasih sayang kepada ayah dan ibu, tidak ku kenal siang dan malam demi menghadiahkan segulung ijazah.. demi kasih sayang kepada kekasih, lautan api sanggup ku renangi..(tipu je tu.. org giler pon xkan berani nk berenang dlm lautan api..heheh)

and as usual, aku sentiasa menggunakan konsep pink sama ada utk wallpaper bilik, desktop mahupun template blog ni.. kalau facebook bole diubah2 template nyer, for sure aku akan gune kaler pink jugak.. jiwa aku da sebati ngan pink sejak aku menginjak umur 16 tahun.. sejak dr tu, hampi 70% barang peribadi milik aku berwarna pink.. bantal, cadar, keychain, teddy bear, kipas, perfume, compact powder, bekas air, cawan, album- sumenyer berwarna pink.. biar la mereka sakit mata, asalkan aku selesa..hahaha~ Actually rasulullah sendiri menyukai warna pink kerana pink bermakna subur.. tgok tapak tangan kita, warna pink kan..(bg yg kulit gelap, mntak maaf la sbb mmg xkan nmpak pink pon smpai bile2..) warna pink ni menandakan bahawa kita sihat.. bg mereka yang kurang sihat, tapak tangannya akan manjadi pale red aka pucat..

sekian dulu untuk kali ni~