Sunday, May 9, 2010

::Selamat Hari Ibu::


Pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei setiap tahun, kita akan meraikan Hari Ibu Sedunia..pada ketika ini lah jasa dan setiap titisan susu ibu dikenang.. pada aku, hari ini adalah hari yang paling touching sepanjang 365 hari setahun,, sbb nyer pada hari ini banyak citer2 sedih tentang pengorbanan ibu yang akan ditayangkan di tv.. dan bg insan yang berjiwa sensitif mcm aku ni, better sediakan tisu sblm banjir..hehehe..

pabila memperkatakan ttg Hari Ibu, ayah aku amat tidak bersetuju dengan konsep ini.. kata ayah, Hari Ibu adalah pada setiap tarikh kelahiran anak2nya.. kerana disaat seorang wanita melahirkan anak ke dunia, disaat anak mula mengeluarkan tangisan yg pertama, pada saat itu la wanita itu bergelar ibu.. saat untuk bergelar ibu itu berlaku pada setiap tarikh kelahiran anaknya.. sekiranya wanita itu memiliki 10 orang anak, 10 kali wanita itu wajib diraikan sempena Hari Ibu oleh 10 orang anak2nya itu.. itu konsep yg ayah aku pegang la..

bg aku plak, xperlu ade specific hari untuk Hari Ibu pon xpe.. sbb pengorbanan ibu perlu dihargai setiap masa dan saat, bukan hanya pada satu2 tarikh tertentu shj.. penghargaan dan kasih sayang perlu diberikan kepada ibu tanpa limit masa dan tidak perlu terikat oleh sebarang tarikh dan event.. tp itu skdr pendapat.. lain org, mungkin mempunyai pendapat yg berbeza plak.. xkesah la asalkan niat dan tujuan kita sama, iaitu untuk menghargai pengorbanan ibu yang telah membawa kita didalam rahim selama 9bulan10hari, kemudian bertarung nyawa utk melahirkan pula.. xselesai dgn itu, terpaksa pulak menerima jahitan akibat koyakan semata2 untuk membawa kita ke dunia ni.. kerana anak, seorang ibu akan hilang body shape, malah semakin berganda2 berat badan.. belom lg dikira dengan urat2 yang timbul dibetis ibu dan bengkak kaki gara2 membawa anak setiap masa dan ketika selama 9bulan dlm kandungan..Terima kasih ibu diatas pengorbananmu yang tidak mampu kubayar walau dengan segunung emas sekalipun..

sejujurnya aku katakan, aku mungkin mampu membesar tanpa ayah.. tapi aku tidak mampu hidup tanpa ibu.. sebagai anak perempuan, banyak selok belok kehidupan yang aku perlu belajar dr ibu, terutama tentang perasaan dan hal ehwal rumah tangga yg akan aku hadapi kelak.. byk perkara ttg kehidupan wanita yang ayah tidak mampu ajar.. aku amat memerlukan ibu untuk membimbing aku utk menjadi wanita sejati.. mungkin ibuku bukanlah insan yang paling sempurna dalam dunia ini, tp kehadiran ibu telah menjadikan hidup aku sempurna.. Terima kasih Tuhan kerana meminjamkan ibuku di dunia ini.. Semoga ibuku sentiasa memperoleh keberkatan-Mu dan sentiasa berada di kalangan hamba-Mu yang soleh dan solehah.. Amiin..


~ibuku yg menawan: puan Saniah bt Morlin~

~like mother, like daughter~


No comments:

Post a Comment