Saturday, May 8, 2010

Asasi Sains Pertanian UPM

Mungkin ramai yang di luar sana tgh pening kepala utk membuat pilihan ke mana tempat terbaik utk melanjutkan pelajaran setelah tamat SPM kan?!! pilihan banyak depan mata tapi xde cukup information utk memilih yg mana 1..

since post ni utk public, penggunaan 'saya' lebih sesuai utk post kali ni..hehehe.. td sy terbaca comments ttg ASASI SAINS PERTANIAN UPM a.k.a ASPer kat facebook.. rs terkilan ade, rs kelakar pon ade.. sbg alumni batch ke-2 ASPer, sy rs terkilan sbb ramai yg menghantar comment psl ASPer rata2 tak tahu dgn jelas ape itu ASPer.. mereka mendapat tawaran dr ASPer tp mereka sbnarnyer xtahu ape itu ASPer, maka mereka membuat andaian dan kesimpulan sendiri ttg ASPer.. ade yg kata ASPer hanya utk mereka yang minat pertanian shj.. wahai adik2 yg bijak pandai di luar sana, meh cni akk nk citer cket psl ASPer..


1. ASPer ni same je mcm matrikulasi2 lain yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.. In fact, ASPer jugak bernaung di bawah KPT.. pelajar2 yang ditawarkan oleh pihak pengurusan ASPer adalah pelajar2 yang terpilih dan bijak pandai.. majoriti pelajar ASPer adalah bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Bestari.. siape kata anda xkan dapat biasiswa apabila memasuki ASPer?? anda akan menerima biasiswa sebanyak RM1000 per semester..

2. di matrikulasi lain, anda boleh pilih sama ada utk memilih aliran sains hayat (+biology) atau sains fizik (+ fizik).. klau ambil sains hayat, anda xkan belajar lg ttg subjek fizik.. begitu jugak kalau ambil sains fizik, anda da xkan bertemu ngan subjek biology.. tp di ASPer, xde pembahagian aliran2 seperti di matrikulasi.. anda perlu belajar kedua2 subjek tersebut tanpa pilihan dsamping subjek maths, english, chemistry dan tambahan subjek pertanian.. mungkin ade yg rs agak membebankan krn terpaksa belajar kedua2 killer subjects ni, tp cube lihat dr sudut yg positive.. lebih luas cabang ilmu yg anda miliki, lebih tinggi peluang untuk anda mendapat kursus yang bakal anda pilih utk degree nanti..

3. dlm satu2 matrikulasi, terdapat hampir 1000 org pelajar, atau mungkin lebih dr itu.. tp jumlah pelajar di ASPer (setakat ini) tidak mencecah 700 orang utk setiap intake or batch.. advantage nya adalah kurang persaingan utk merebut tempat utk kemasukan ke degree nnt.. let say, if anda mendapat result yg kurang baik semasa di matrikulasi, kebarangkalian utk anda mendapat kursus yg anda pilih utk degree agak tipis memandangkan anda harus bersaing dgn pelajar2 dr seluruh matrikulasi di Malaysia dan juga terpaksa bersaing dengan pelajar2 lepasan STPM dan Diploma.. lebih malang, anda mungkin terpaksa dihantar ke universiti2 yg tidak menjadi pilihan anda dengan kursus degree yang anda tidak minat.. tetapi sekiranya anda adalah lepasan ASPer, kebarangkalian untuk mendapat kursus pilihan pertama yang anda pilih adalah sgt tinggi.. malah anda dengan senang2 telah mendapat tempat di UPM (yg telah mendapat taraf sbg research university) tanpa perlu bersaing dengan pelajar2 matrikulasi, STPM mahupun pelajar Diploma..

4. siapa kata ASPer hanya menawarkan kursus pertanian shj utk degree nnt??? sehingga kini, ramai alumni ASPer telah meneruskan degree sbg pelajar Doktor Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Makanan, Sains Bioteknologi, Rekabentuk dan Seni Bina, Sains Pertanian, Sains Ternakan, dan Sains Alam Sekitar.. dan ade kabar angin mengatakan kursus Doktor Perubatan juga akan ditawarkan tidak lama lg bg pelajar lepasan ASPer..

5. sekiranya anda memilih untuk menjadi sebahagian drpd pelajar ASPer, anda akan didedahkan dengan suasana campus life lebih awal berbanding rakan2 yang memilih untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi.. sekurang2nya anda tidak akan terkena culture shock seperti kebanyakan rakan2 anda yg baru memasuki alam universiti setelah tamat pengajian di matrikulasi.. sebagai pelajar ASPer, anda akan bergaul dengan pelajar2 degree yg lebih berumur dr anda.. secara tidak langsung, pemikiran anda akan lebih matang dan terbuka.. percaya atau tidak, Pendebat Universiti, Pembahas Universiti malah Pemantun Universiti di UPM kebanyakkannya adalah pelajar ASPer.. begitu juga dengan team Serdang Angel (team rugbi UPM) yg digeruni oleh IPTA lain juga terdiri drpd beberapa org pelajar ASPer..


UPDATE 2.01.2012:

6. ASPer kini menawarkan juga program LALUAN PANTAS, mulai pengambilan Januari 2012.. menerusi program ini, anda dapat mengikuti kursus ASPer hanya selama 8 bulan sahaja, dan kemudian dapat meneruskan pengajian ijazah (degree) di UPM pada tahun yang sama.. tawaran ini terbuka kepada semua pelajar cemerlang dalam PERCUBAAN SPM bagi pelajar2 SBP, SBPI dan MRSM.. dapat je result trial SPM, dah boleh terus memohon.. kalau anda adalah calon yang mengambil SPM pada 2011 yang berakhir pada Disember 2011 yang lalu, anda dah boleh memulakan pengajian ASPer pada bulan Januari 2012, tamat pada bulan Ogos 2012, dan meneruskan pengajian degree pada bulan September 2012.. sangat cepat, tak perlu buang masa tunggu result SPM keluar baru nak apply mana2.. berbanding kawan2 lain yang tak apply ASPer LALUAN PANTAS, mereka perlu menunggu 9 bulan sebelum dapat meneruskan pengajian.. untungnya adik2 zaman sekarang..

7. Dahulu, ASPer hanya menawarkan kursus2 agro-based sahaja utk degree.. tp kini ASPer telah menawarkan 41 kursus degree (science-based) untuk adik2 lepasan ASPer.. untuk senarai penuh kursus yang ditawarkan, sila click http://www.asasi.upm.edu.my/degrees1.html. Nak ambil course apa degree nnt? Medic? Engineering AeroSpace? Dietetic? Kimia Petroleum? Sains Intrumentasi? Just name it, semuanya ditawarkan untuk anda.. Berbanding kami dahulu, dapat result bagus pon still tak dapat apply Medic sbb ASPer tak tawarkan.. tp skrg da lain.. sangatttttt untung jadi warga ASPer..

Cukuplah setakat ini dulu.. anda boleh berinteraksi secara langsung dengan alumni2 ASPer di facebook untuk information tambahan.. ataupon layari laman web rasmi ASPer http://www.asasi.upm.edu.my .

Setiap yang diwujudkan oleh manusia pasti ade baik dan buruknya.. gunakanlah kebijaksanaan anda untuk menilai dan membuat pilihan.. jangan lupe untuk meminta pandangan dari ibubapa.. Semoga entry ini memberikan kebaikan kepada semua.. wallahualam..


C-U-D-IPT (^_^)V

-Alumni ASPer (2nd batch)-

9 comments:

  1. nadiah syuhada binti roslan (Asperian batch 4)January 4, 2011 at 5:38 PM

    salam....
    kak deeya..
    saya nak tambah...
    untuk cikgu pun ader...
    yang paling best asper dh tawarkan byk kursus baru seperti Biomedik.
    and upm akan ambik student asper dulu baru bukak quota tuk matrix and stpm......

    ReplyDelete
  2. salam akak .
    sye lpasan spm 2010 .
    rase nye sush kne struggle sgt2 tak dlm bidg nyh?
    rasenye nk amik jugak

    ReplyDelete
  3. salam akak..sy dpt tawrn smbung blaja kat ASper..matrik pn sy dpt.. konpius sngt2 nk pilih mne satu.. tp lepas bce blog akak ni..rse mcm semgt nk bt ASper..hehe.. =)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum. saya dapat asasi sains pertanian ni kak. memang mohon pilihan pertama. sebab dari sekolah menengah ada amik sains pertanian ni. subject dia susah ke? & untuk sambung degree nanti, ramai ke yang pilih vet?

    really nice information. i love it! i wish a lot of peoples can open their mind so that they know what is AGRICULTURE. thanks for the great entry! :)

    ReplyDelete
  5. wah!nice post la sis.lots of information-nak pulak ntok sy yg blurr asap kelabu psl kos sains pertanian.n maybe sy akn join batch 2011 ni :) wish me luck.very excited !!

    ReplyDelete
  6. rasa bersyukur sangat lak dapat Asper...terima kasih akak. Di sini perjuangan baru bermula..

    ReplyDelete
  7. kepada adik2 yg da memberi comment di atas, mintak maaf sgt2 sbb br ari ni akk baca comment adik2.. mungkin ada yg da menjadi warga ASPer, tahniah diucapkan..

    nadiah syuhada:
    gud2.. thanx for the info.. akk pon da lame x update ttg ASPer..heheh.. bagusla ASPer sentiasa ingin membaiki mutu pendidikan untuk generasi akan dtg.. yg terbaru akk dgr ade express course utk new intake.. maknanye dalam bbrp bulan je da bole selesai course ASPer.. sementara rakan2 lain baru terhegeh2 nak daftar masuk matrikulasi atau diploma, adik2 express course ni da bole mula daftar utk degree.. untung betul..

    miss yuna:
    xkisah ape jua bidang yg adik pilih, semoga berjaya.. bg akk subject ASPer tak susah, tp xjugak mudah..hahaha.. sesuai la dengan tahap pelajar..

    fai.....!!!
    tahniah2.. mungkin adk da pon masuk ASPer by the time akk post comment ni.. papepon teruskan usaha..

    drkcrmsn:
    thanx for the compliment.. Alhamdulillah entry ni memberikan kebaikan kepada adik2.. batch akk yg sambung vet utk degree adalah paling ramai berbanding yg pilih course lain.. batch lain mintak maaf akk tak pasti.. ASPer tak susah pon klau betul2 belajar.. serius tak tipu.. akk dapat Anugerah Kepujian Pengarah 3 sem berturut2.. bukan nk bangga diri tp nk maklumkan bhw kalau akk bole mencapai tahap tu, adik2 pon mst boleh jugak..

    miss tifa:
    thanx2..heheh.. gudluck sis..

    adninazman:
    same2.. selamat berjuang..heheh

    ReplyDelete
  8. salam,akak sy nak tanye,skarg utk fast track ade biasiswa tak?n kemudahan utk bidang medic kat upm ok ke tak akak?sory,sbb sy agak konfius nak pergi ke tak..huhu,tenkiu..:)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum. akak, peluang budak sekolah harian biasa nk masuk asasi ni cerah tak?? syarat min dia mcm mne?

    ReplyDelete