Sunday, September 5, 2010

::Ayah di ICU 2::

Salam Ramadhan..

hari ni adalah hari ketiga aku melawat ayah di ICU Hospital Ampang.. ayah still unconcious.. tp da makin stabil.. ubat pengsan da dihentikan, dose ubat2 lain pon da dikurangkan.. juz nk tggu ms utk ayah sedar sendiri.. td aku usik2 kaki ayah, ayah da gerak2 bg respon.. setahu aku dlm keadaan unconcious mcm ni, ayah bole dgr suara kite.. so setiap kali dtg, aku akn borak2 ngan ayah walaupon ayah xbg sebarang respon.. sebak jugak la kat hati ni bila aku beria2 bercakap tp ayh still terbaring kaku.. tp td rs mcm nk mengalir air mata kesyukuran bila ayah gerakkan kaki petanda perkembangan positif walaupon sesaat cuma..huhuhu

di satu sudut wad ICU ni, kelihatan sekelompok manusia mengelilingi sorg remaja ni.. apa yg aku tau, remaja ni masuk ICU pd hari yg sama dgn ayah.. dia xcident kat Bukit Ampang, xjauh dr Look-Out-Point.. dan hari ni, sekelompok manusia tu tengah membacakan yassin kepada remaja ni.. ajalnya da semakin hampir, doctor da xdapat nk selamatkan.. no wonder la ms sampai kat wad ICU ni, aku tgok ramai yg menangis.. bersyukurnya aku kerana bukan famili kami yg mengalami saat2 itu.. sekurang2 nya bukan utk hari ini..

InsyaAllah lg 5 hari seluruh umat Islam akan menyambut Eidulfitri.. aku mohon pd Tuhan agar memberikan peluang utk aku meraikan hari lebaran itu bersama ayah sekali lg.. xkisah la walaupon perlu menyambutnya di hospital.. asalkan saat tibanya hari itu, aku berharap ayah telah sedar dan dapat menyambutnya bersama kami sekeluarga.. Ya Tuhan, aku amat2 mengharapkannya.. da xbermakna raya ini kalau xdapat bersama2 ibu dan ayah...

sebagai manusia biasa, kita seringkali merasakan esok adalah milik kita.. sungguh yakin bahawa masih wujud esok dlm diari hidup kita.. dan disebabkan keyakinan tanpa tiang seri itu, kita slalu tidak menghargai apa yg kita miliki pada hari ini.. dan pabila kita sedar esok tidak lagi sama seperti hari2 lalu, pada ketika itu, semuanya telah pon terlambat.. mesti sume da biase dgr ayat2 mcm ni kan, terutama pd sesiapa yg rajin baca buku motivasi.. tp selagi tak terhantuk kat kepala sendiri, slagi tu la kita mmg xkan terngadah kan.. aku juz nk bkongsi sbb aku da merasainya.. jgn tunggu raya br nk mohon maaf.. hargai la insan2 yg disayangi seolah2 tidak akan ada hari esok.. wallahualam.. SEKIAN..

2 comments:

  1. semoga ayah akak cepat sempuh,
    dan semapt menyambut raya sekali.
    insyaAllah.

    and you're still the same kak deeya, your words always motivating people. at least me.
    =)

    ReplyDelete