Mungkin ramai yang di luar sana tgh pening kepala utk membuat pilihan ke mana tempat terbaik utk melanjutkan pelajaran setelah tamat SPM kan?!! pilihan banyak depan mata tapi xde cukup information utk memilih yg mana 1..
since post ni utk public, penggunaan 'saya' lebih sesuai utk post kali ni..hehehe.. td sy terbaca comments ttg ASASI SAINS PERTANIAN UPM a.k.a ASPer kat facebook.. rs terkilan ade, rs kelakar pon ade.. sbg alumni batch ke-2 ASPer, sy rs terkilan sbb ramai yg menghantar comment psl ASPer rata2 tak tahu dgn jelas ape itu ASPer.. mereka mendapat tawaran dr ASPer tp mereka sbnarnyer xtahu ape itu ASPer, maka mereka membuat andaian dan kesimpulan sendiri ttg ASPer.. ade yg kata ASPer hanya utk mereka yang minat pertanian shj.. wahai adik2 yg bijak pandai di luar sana, meh cni akk nk citer cket psl ASPer..

1. ASPer ni same je mcm matrikulasi2 lain yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.. In fact, ASPer jugak bernaung di bawah KPT.. pelajar2 yang ditawarkan oleh pihak pengurusan ASPer adalah pelajar2 yang terpilih dan bijak pandai.. majoriti pelajar ASPer adalah bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Bestari.. siape kata anda xkan dapat biasiswa apabila memasuki ASPer?? anda akan menerima biasiswa sebanyak RM1000 per semester..
2. di matrikulasi lain, anda boleh pilih sama ada utk memilih aliran sains hayat (+biology) atau sains fizik (+ fizik).. klau ambil sains hayat, anda xkan belajar lg ttg subjek fizik.. begitu jugak kalau ambil sains fizik, anda da xkan bertemu ngan subjek biology.. tp di ASPer, xde pembahagian aliran2 seperti di matrikulasi.. anda perlu belajar kedua2 subjek tersebut tanpa pilihan dsamping subjek maths, english, chemistry dan tambahan subjek pertanian.. mungkin ade yg rs agak membebankan krn terpaksa belajar kedua2 killer subjects ni, tp cube lihat dr sudut yg positive.. lebih luas cabang ilmu yg anda miliki, lebih tinggi peluang untuk anda mendapat kursus yang bakal anda pilih utk degree nanti..
3. dlm satu2 matrikulasi, terdapat hampir 1000 org pelajar, atau mungkin lebih dr itu.. tp jumlah pelajar di ASPer (setakat ini) tidak mencecah 700 orang utk setiap intake or batch.. advantage nya adalah kurang persaingan utk merebut tempat utk kemasukan ke degree nnt.. let say, if anda mendapat result yg kurang baik semasa di matrikulasi, kebarangkalian utk anda mendapat kursus yg anda pilih utk degree agak tipis memandangkan anda harus bersaing dgn pelajar2 dr seluruh matrikulasi di Malaysia dan juga terpaksa bersaing dengan pelajar2 lepasan STPM dan Diploma.. lebih malang, anda mungkin terpaksa dihantar ke universiti2 yg tidak menjadi pilihan anda dengan kursus degree yang anda tidak minat.. tetapi sekiranya anda adalah lepasan ASPer, kebarangkalian untuk mendapat kursus pilihan pertama yang anda pilih adalah sgt tinggi.. malah anda dengan senang2 telah mendapat tempat di UPM (yg telah mendapat taraf sbg
research university) tanpa perlu bersaing dengan pelajar2 matrikulasi, STPM mahupun pelajar Diploma..
4. siapa kata ASPer hanya menawarkan kursus pertanian shj utk degree nnt??? sehingga kini, ramai alumni ASPer telah meneruskan degree sbg pelajar Doktor Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Makanan, Sains Bioteknologi, Rekabentuk dan Seni Bina, Sains Pertanian, Sains Ternakan, dan Sains Alam Sekitar.. dan ade kabar angin mengatakan kursus Doktor Perubatan juga akan ditawarkan tidak lama lg bg pelajar lepasan ASPer..
5. sekiranya anda memilih untuk menjadi sebahagian drpd pelajar ASPer, anda akan didedahkan dengan suasana
campus life lebih awal berbanding rakan2 yang memilih untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi.. sekurang2nya anda tidak akan terkena
culture shock seperti kebanyakan rakan2 anda yg baru memasuki alam universiti setelah tamat pengajian di matrikulasi.. sebagai pelajar ASPer, anda akan bergaul dengan pelajar2 degree yg lebih berumur dr anda.. secara tidak langsung, pemikiran anda akan lebih matang dan terbuka.. percaya atau tidak, Pendebat Universiti, Pembahas Universiti malah Pemantun Universiti di UPM kebanyakkannya adalah pelajar ASPer.. begitu juga dengan team Serdang Angel (team rugbi UPM) yg digeruni oleh IPTA lain juga terdiri drpd beberapa org pelajar ASPer..
UPDATE 2.01.2012:
6. ASPer kini menawarkan juga program LALUAN PANTAS, mulai pengambilan Januari 2012.. menerusi program ini, anda dapat mengikuti kursus ASPer hanya selama 8 bulan sahaja, dan kemudian dapat meneruskan pengajian ijazah (degree) di UPM pada tahun yang sama.. tawaran ini terbuka kepada semua pelajar cemerlang dalam PERCUBAAN SPM bagi pelajar2 SBP, SBPI dan MRSM.. dapat je result trial SPM, dah boleh terus memohon.. kalau anda adalah calon yang mengambil SPM pada 2011 yang berakhir pada Disember 2011 yang lalu, anda dah boleh memulakan pengajian ASPer pada bulan Januari 2012, tamat pada bulan Ogos 2012, dan meneruskan pengajian degree pada bulan September 2012.. sangat cepat, tak perlu buang masa tunggu result SPM keluar baru nak apply mana2.. berbanding kawan2 lain yang tak apply ASPer LALUAN PANTAS, mereka perlu menunggu 9 bulan sebelum dapat meneruskan pengajian.. untungnya adik2 zaman sekarang..
7. Dahulu, ASPer hanya menawarkan kursus2
agro-based sahaja utk degree.. tp kini ASPer telah menawarkan 41 kursus degree (
science-based) untuk adik2 lepasan ASPer.. untuk senarai penuh kursus yang ditawarkan, sila click
http://www.asasi.upm.edu.my/degrees1.html. Nak ambil course apa degree nnt? Medic? Engineering AeroSpace? Dietetic? Kimia Petroleum? Sains Intrumentasi? Just name it, semuanya ditawarkan untuk anda.. Berbanding kami dahulu, dapat result bagus pon still tak dapat apply Medic sbb ASPer tak tawarkan.. tp skrg da lain.. sangatttttt untung jadi warga ASPer..
Cukuplah setakat ini dulu.. anda boleh berinteraksi secara langsung dengan alumni2 ASPer di facebook untuk information tambahan.. ataupon layari laman web rasmi ASPer
http://www.asasi.upm.edu.my .
Setiap yang diwujudkan oleh manusia pasti ade baik dan buruknya.. gunakanlah kebijaksanaan anda untuk menilai dan membuat pilihan.. jangan lupe untuk meminta pandangan dari ibubapa.. Semoga entry ini memberikan kebaikan kepada semua.. wallahualam..
C-U-D-IPT (^_^)V
-Alumni ASPer (2nd batch)-