Sunday, February 20, 2011

:: OrAng TeNgAh ::

Salam..

Alhamdulillah, hari ini aku gembira kerana menjadi aku.. Kebelakangan ini banyak masalah yang datang pada aku, dan separuh daripada masalah itu sebenarnya bukan masalah aku.. tp atas kehendak Allah, aku terpilih untuk menjadi orang tengah, orang perantaraan.. slalunya orang tengah akan lebih serabut daripada pihak-pihak yang saling bertelagah ini.. salah satu pihak akan bercerita pada orang tengah.. dan akhirnya orang tengah yang akan pening kepala nak cari solution bagi memuaskan hati semua pihak.. tapi jangan mengeluh kalau kita terpilih menjadi org tengah.. sebaliknya bersyukur la...


*credits to mr. Google*


Mak usu aku pernah ckp, ada sebab Allah menjadikan kita sebagai orang tengah.. bukan semua org boleh menjadi org tengah.. pasti kita punya keistimewaan sendiri yang membuatkan orang lain memberi kepercayaan.. bila timbul sesuatu masalah, pihak A akan menuding jari pada pihak B, dan sebaliknya.. dengan kehadiran amarah, mata dibutakan daripada melihat hakikat.. hanya nmpak kesalahan org lain, tapi langsung tak nmpak kesalahan yang berpunca daripada diri sendiri.. lumrah manusia yang tak pernah mengaku silap diri.. tapi orang tengah pulak akan nmpak the whole story, cerita dari both sides, tanpa berat pada mana-mana pihak.. dengan menggunakan semua pancaindera untuk menilai dan menganalisa, kita pasti akan dapat melihat KEBENARAN..


Keistimewaan yang Allah beri pada orang tengah adalah untuk menilai kebenaran.. dan bagi orang yang ingin mengambil pengajaran, pasti ada sesuatu yang akan dipelajari.. jangan buat begini, consequences-nya akan jd begini.. jangan buat begitu, akibatnya begitu pulak.. aplikasikan pada kehidupan sendiri, InsyaAllah kita pasti akan mendapati hidup kita menjadi lebih baik.. much better tanpa kita perlu mengalami situasi yang sama seperti orang yang terdahulu.. teringat aku semasa sekolah rendah dulu, ada seorang cikgu berbangsa India menulis di papan hitam dan sehingga kini aku masih teringat akan ayat itu: “Fool learns from his own mistake. A wise man learns from the mistake of others”.. Semoga aku tergolong di kalangan orang yang bijak.. InsyaAllah..


*credits to mr. Google*


Menjadi orang tengah bukanlah suatu bala, malah adalah suatu anugerah.. dan hanya insan yg TERPILIH dapat merasai keistimewaan ini.. Kerana menjadi orang tengah, aku mendapat saudara dan sahabat.. kerana menjadi orang tengah, aku menjadi orang kepercayaan.. dan kerana menjadi orang tengah juga, aku dapat memotivasikan diri aku dengan lebih baik.. Alhamdulillah untuk segalanya.. aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah.. dan tentang apa yang berlaku pada diri aku pula, aku berserah segalanya pada Allah.. andai itu yang terbaik, aku redha.. pasti ada lagi pelajaran dan pengajaran yang ingin Allah sampaikan pada aku.. dan kepada insan yang terlibat dalam masalah peribadi aku, aku mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, andai ada khilafku yang aku lakukan tanpa aku sedari.. hanya Dia yang Maha Pengampun.. Sekian~

*credits to mr. Google*



p/s: disebabkan telah lama tak menulis, aku seolah-olah telah kehilangan art of idea deliveries..huhuhu

No comments:

Post a Comment