Sunday, February 20, 2011

:: BeRoRgAniSaSi LaGi ::

Salam..

Pg td aku menghadiri Taklimat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar tahun akhir tajaan JPA.. Basically taklimat itu untuk memberitahu bagaimana cara-cara untuk melapor diri dengan JPA setelah tamat belajar nanti.. then pegawai daripada JPA memberitahu pada awal Mac nanti, akan diadakan Program Bersama Pengarah JPA untuk semua pelajar UPM bertajaan JPA.. first time Pengarah nak turun padang bertemu pelajar.. dan istimewanya event kali ini, walaupun event ini dianjurkan oleh JPA, tapi organisasinya dan badan pelaksana adalah pelajar UPM tajaan JPA sepenuhnya… pertama kali berlaku dalam sejarah di mana event yang berlaku dalam UPM dilaksanakan tanpa perlu mendapat kebenaran dan kerjasama daripada BHEP UPM, direct contact terus dengan JPA..

Semasa sesi perlantikan organisasi tadi, aku seboleh mungkin mendiamkan diri agar tidak terlibat dengan event ini.. rasanya da setahun lebih aku tidak bergiat aktif dan tidak menyertai mana-mana aktiviti kelab dan kolej.. kesian jugak bila adik-adik junior menghantar msg berkali-kali agar aku dapat hadir dalam program diorang untuk memberikan pandangan dan nasihat.. bukan tidak berminat, program-program berunsur kepimpinan memang da menjadi sebahagian daripada darah dan nadi aku.. tapi aku rasa aku harus lebih focus kepada pelajaran pulak, lebih- lebih lagi aku dah menjadi pelajar tahun akhir yang sedang sibuk membuat final year project.. aku dah tak mampu nak bahagikan masa untuk semua tu lagi..

Berbalik kepada sesi perlantikan tadi, untuk jawatan Pengarah projek sehingga lah ke jawatan AJK, semuanya telah terisi tanpa ada sebarang masalah.. hanya jawatan AJK Publisiti yang belum terisi.. then Pengarah projek meminta seorang wakil dari setiap fakulti untuk berdiri.. aku toleh kanan, aku toleh kiri.. uitt, mana member2 dari fakulti aku td? Selain aku, Fafa, Rad and Shiera, ada lagi 4-5 orang yang datang masa taklimat ini.. tetiba je semuanya lesap.. haih, bila masa pulak diorang keluar? Aku pandang kawan-kawan aku yang 3 orang ni.. Apa? Apa? Semua dok pandang aku.. Yela2, paham, aku lah yang kena berdiri maknanya..huhu.. aku harap daripada semua yang berdiri bagi mewakili fakulti masing-masing ini, hanya 2-3 orang je lah yang akan dipilih mengisi kekosongan jawatan AJK Publisiti tu.. Rupa-rupanya semua yang berdiri terus dilantik menjadi AJK Publisiti bagi mewakili fakulti.. disebabkan event ni adalah event seluruh pelajar UPM, maka pelajar yang dipilih untuk mengisi organisasi jugak adalah daripada kos-kos pengajian yang berbeza.. dan dalam organisasi ni, seorang pon aku tak kenal.. FINE~!!

Event ni event besar, melibatkan pelajar seluruh UPM, melibatkan nama baik UPM dan jugak akan dihadiri oleh orang besar JPA.. event ini akan dinilai oleh Pengarah JPA sendiri dan menjadi benchmark sebelum dilaksanakan di universiti-universiti lain.. lagipun hanya ada masa 2 minggu sahaja untuk melaksanakan program ni.. dengan masa yang terbatas sebagai final year student, banyak kekangan yang akan dihadapi nanti.. aku memang tak berapa suka dengan program ad hoc macam ni.. kalau boleh aku memang tak nak jadi sebahagian daripada badan pelaksana.. bunyi macam agak selfish kan, tapi aku perlu selfish demi pelajaran aku, demi menaikkan CGPA aku dan demi final year project yang tak siap lagi tu.. tapi apa alasan yang aku nak bagi.. kalau dalam kelab, aku selalu guna alasan yang aku ni dah final year.. tapi alasan tu da tak relevant dalam situasi aku sekarang sebab semua yang dilantik hari ni, semuanya final year..huhuhu.. takpe lah, pasti ada HIKMAH.. kepada kawan-kawan yang sudi membantu aku, terima kasih banyak2..SEKIAN~



*credits to mr. Google*


No comments:

Post a Comment