Tuesday, January 3, 2012

Usia 24

Salam..

Entry ke-3 pada Tahun 2012..


I stand behind "U"

Aku yakin ramai yang da tahu apakah makna disebalik “U” itu kan.. Yang tak tahu bole tanye Mr. Google, rakan sejati sepanjang hayat..heheh.. “U” is a very big, well-known company throughout the world.. dan inilah bakal majikan aku dalam tempoh kurang 2 minggu dari sekarang, iaitu selepas 2 hari aku menyambut hari lahir yang ke-24.. Alhamdulillah..


Tapi jawatan yang aku pohon tidaklah sebesar impian yang ingin aku capai.. Aku akan bekerja sebagai Promoter.. ye, anda tak silap baca, aku akan bekerja sebagai Promoter.. Macam promoter kat supermarket atau kat hypermarket yang offer makanan atau minuman free, hah, tu la keje aku nanti.. Mesti ade yang akan cakap belajar tinggi-tinggi sampai dapat Ijazah, last2 jadi Promoter je.. cakaplah ape saje, mulut orang bukan macam mulut tempayan.. mulut tempayan bole jugak ditutup kan.. asalkan aku buat keje halal dan tak mengganggu hidup orang lain, isu-isu lain aku tolak tepi dulu.. Yang penting, ade duit halal yang akan masuk poket aku nanti sebelum aku betul2 dapat keje yang aku inginkan..


Kalau aku cakap yang aku tak jeles langsung tengok kawan2 lain da dapat keje tetap, TIPU sangat2 la tu.. aku sangat jeles ok.. setiap status mereka tentang kerja di mukabuku membuatkan aku:

1) gembira utk mereka (tp hanya seketika)

2) rasa jeles krn rezeki mereka murah

3) mula rasa sedih dan stress

4) tutup terus mukabuku itu

senang je diorg dapat keje menggunakan Ijazah yang da ada.. tapi aku pulak da apply berpuluh2 company, tp satu pon belum melekat lagi.. mungkin rezeki aku belum tiba lagi, insyaAllah akan tiba.. kadangkala aku kecewa bila rancangan dan impian aku tak tercapai.. elok2 je bila peluang da berada di atas tapak tangan, tapi belum sempat aku genggam, jatuh tergolek ke tangan orang lain pulak.. membuatkan aku berfikir di mana silap aku..


tp satu yang aku terlupa bahawa Allah punya perancangan yang lebih baik dari itu, lebih baik daripada apa yang aku rancangkan, dan berganda2 lebih baik daripada apa yang mampu aku fikirkan.. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.. daripada aku mempertikaikan dan bersedih dengan impian yang belum kesampaian, adalah lebih baik mengucapkan Alhamdulillah dengan rezeki yang telah diberikan.. betol tak??


Utk jawatan promoter ni, gaji bulanan RM1500, okla tu sbb guna SPM je.. tapi dijanjikan if keje bagus, kenaikan gaji akan diberi setiap 2 bulan.. not bad..!! dulu masa aku pergi 2 kali interview jawatan QC Executive di 2 food company yang berbeza (satu well-known, satu lagi tak berapa well-known tapi belongs to business group yang mempunyai nilai asset berbillion dolar), gaji yang ditawarkan utk fresh graduate yang mempunyai Ijazah tak lebih RM1800 pon.. tak beza sgt pon dengan gaji Promoter ni.. furthermore, untuk bekerje sebagai Promoter ni, aku dikehendaki menghadiri kelas masakan yang dianjurkan oleh company ni.. wallaweyh, ini sudah bagus bangat..!! sekurang2nya aku dapat baiki skill masakan aku yang currently berada di tahap yang tercorot..hahahaha..


Azam #1: Mendapat keje pabila usia mencecah 24 tahun (ü). Alhamdulillah..



No comments:

Post a Comment