Saturday, August 27, 2011

:: RaMaDhaN TeRakHiR ::

24 Ogos 2011, 9.45 malam (25 Ramadhan 1432H)

Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.




Ramadhan terakhir buat bonda.. Bakal bonda mertuaku pergi menyambut panggilan Ilahi dalam bulan yang mulia ini, kurang seminggu sebelum umat Islam menyambut hari lebaran.. Dalam ramai2 insan yang ingin menemui Penciptanya dalam bulan Ramadhan ini, bonda adalah antara insan yang dipilih olehNya.. semoga bonda mendapat tempat terbaik di sisiNya.. InsyaAllah.. Amiin..


Terkilan rasa hati ini kerana belum sempat aku berkenalan dengan bonda.. teringin sekali aku untuk menatap wajah bonda, tapi hanya dapat kulihat pusara bonda di sisi pusara ayahanda.. teringin sekali aku untuk mencium tangan kudus bonda, tetapi hanya dapat kucium tangan2 pewaris bonda dan ayahanda.. tak pernah aku sangka pertemuan bonda dengan Penciptanya mendahului pertemuan yang dirancang untuk aku bertemu bonda.. aku hanya mampu merancang, namun Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. aku yakin dengan ketentuan Tuhan, pasti ada hikmah disebaliknya..


Ramadhan kali ini pastinya berbeza buat encik ridzuan.. memberikan kenangan pilu hingga ke akhirnya.. Apalah makna beraya tanpa bonda dan ayahanda.. Tanpa dapat dicium tangan dan memohon maaf daripada keduanya.. Tabahlah sayang, kuatkan semangat menghadapi dugaan Allah untuk menguji iman hambaNya..